Sejarah Gereja

BEM (SIB) On The ROCK telah dirintis dan dimulai oleh Pastor Andy Anyi dan isteri Puan Dora Ajeng dengan persekutuan awal yang disertai oleh 7 orang anak muda yang ‘Lapar Rohani’. Persekutuan tersebut telah diadakan di rumah kakak beliau yang berada di Taman Tunku, Miri pada penghujung tahun 2001. Pertambahan jiwa terus terjadi, lalu Pastor Andy dan isteri berkeputusan untuk menyewa satu lot kedai yang berada di Boulevard Commercial Center.
Sebagai Perintis dan Pendiri gereja, Pr Andy bersama isteri, berbekalkan visi yang jelas dari Tuhan Yesus dalam panggilan untuk menjangkau, dan membangkitkan anak-anak muda yang tidak terjangkau dan jauh dari Tuhan. Mereka terus setia membuka diri untuk melayani keperluan jiwa yang dibawa Tuhan. Dalam pada itu, pada 19 Mac 2002, BEM On The ROCK telah didaftarkan secara sah sebagai salah satu gereja tempatan di bawah naungan Borneo Evangelical Mission(BEM/SIB) Sarawak, dengan Sijil Perakuan bernombor R31.
Pada tahun 2005, gereja berpindah dan menyewa 2 lot kedai lagi, di kawasan yang sama di Boulevard Commercial Center. Kebangunan rohani terus terjadi, Roh Kudus terus menjamah ramai jiwa yang secara rela terbuka untuk menyerah hidup kepada Tuhan. Jumlah jiwa yang datang semakin meningkat setiap minggu.
Kemudian pada tahun 2009,gereja telah berpindah ke bangunan Court Mamoths. Peningkatan kehadiran berterusan, sehinggalah barisan kepimpinan memutuskan untuk membuka 3 sesi ibadah iaitu, satu sesi pada malam Sabtu dan 2 sesi pada hari Ahad. Selain Ibadah Raya Umum, kanak-kanak yang berumur 12 tahun ke bawah, ada ruang ibadah mereka sendiri yang dinamakan, Gereja Adiwira .Tuhan terus bekerja, jiwa-jiwa terus berdatangan.
Lalu pada November 2015, barisan kepimpinan bersepakat untuk menyewa premis yang lebih besar dan luas. Maka sebuah bangunan Mezanine 2 tingkat telah disewa oleh gereja sehingga kini. Dengan anugrah Tuhan, kehadiran jiwa semakin meningkat, sehingga kini purata kehadiran setiap ibadah raya mingguan mencecah 1000 orang.
Pada hari ini, jemaat yang hadir bukan sahaja terdiri di kalangan anak-anak muda, bahkan dikalangan ibu bapa atau keluarga. Semuanya hanya kerana anugrah dan Rahmat Tuhan Yesus Kristus, dimuliakanlah nama-NYA.

Pastor Andy & Sis Dora
Pengasas BEM On The Rock

VISI

Menjadi Gereja Kontemporari, Penyayang dan Bergerak Dalam Urapan Kuasa Roh Kudus 

MISI

Nilai Jemaat (5M)

Prinsip Hidup Jemaat

Nilai Kerajaan (Kingdom value)

Strategi

Pillar Gereja

Komsel

Keanggotaan gereja BEM On The Rock adalah melalui KOMSEL. Setiap jemaat digalakkan untuk menyertai KOMSEL yang dibahagikan kepada 3 Zon di Bandaraya Miri iaitu Zon Utara, Zon Tengah & Zon Selatan

Ibadahraya

Jemaat digalakkan terlibat bersama di dalam pelayanan seperti Rock Wave, Usher, Media, VIP & New Comer, Security & Parking, Rock Essence , Rock Resources & Transportation

DOA

Jemaat di BEM On The Rock juga digalakkan untuk menyertai program doa seperti Doa Pagi setiap hari Sabtu, Doa Korporat pada malam Jumaat setiap awal bulan dan juga Doa Syafaat pada pagi Khamis