Notice: Trying to access array offset on value of type bool in /home7/bemonthe/public_html/wp-content/plugins/elementor/includes/base/widget-base.php on line 223

Notice: Undefined offset: -1 in /home7/bemonthe/public_html/wp-content/plugins/elementor/includes/base/controls-stack.php on line 695

Tetapi kamu juga harus bersaksi, karena kamu dari semula bersama-sama dengan Aku

Yohanes 15: 27

Apa pun yang kamu katakan tentang BEM On The Rock, bagi saya, sebelum saya menyertai kebaktian di BEM On The Rock, saya seorang pemabuk, perokok tegar dan juga menjadi hamba judi. Keluarga saya menjadi porak peranda disebabkan oleh tindakan saya. Di gereja BEM On The Rock, iman dan keluarga saya dipulihkan. Saya disembuhkan secara fizikal dan juga rohani. Saya diselamatkan dan juga rasa disayangi di gereja ini.
Balang Padan
Attended BEM OTR Since 2006
Saya dilahirkan dan dibesarkan di dalam keluarga bukan Kristian, keluarga saya masih percaya kepada bomoh. Dalam masa yang sama juga, saya menjalani kehidupan tidak sihat, saya merokok, menggunakan dadah dan berjudi. Saya rasa bersyukur, sebab di BEM On The Rock saya telah belajar banyak perkara baru dan saya telah bertumbuh di dalam iman melalui aktiviti KOMSEL, ROCK Men's Camp dan "Saya Pengikut Kristus". Sejak itu saya dan keluarga saya telah berubah, saya dipulihkan dan meninggalkan kehidupan yang tidak sihat di masa lalu. Saya mengambil keputusan untuk melayani dan terus ingin bertumbuh di dalam iman bersama komuniti di gereja ini
Rubin Nyurat
Attended BEM OTR Since 2006
Semenjak beribadah di gereja ini, hati saya telah disentuh oleh Tuhan, dan saya sedar akan kesilapan dan tingkah laku saya yang tidak berkenaan di mata Tuhan. Saya percaya saya telah dilahirkan baru oleh Tuhan melalui gereja ini. Saya merasa teruja untuk melayani Tuhan bersama komuniti lain di gereja. Saya percaya semua ini bukan kerana kekuatan saya, tetapi kerana kasih anugerah Tuhan. Saya komited untuk menghargai dan mengasihi keluarga saya dan sama-sama bertumbuh di dalam iman di gereja ini.
Edward Nyipa
Attended BEM OTR Since 2013